KUNJUNGN MUHIBBAH DUPP KE MUHAMMADIYYAH DAN DEWAN DAKWAH
Oleh Abu Nuha | 15 Mei 2017
Jakarta – Rombongan Dewan Ulamak PAS Pusat diketuai oleh Dato’Dr Mahfodz Mohammed hari ini berpeluang menziarahi dua pertubuhan agama berpengaruh di Indonesia.
Pada sebelah pagi, rombongan berpeluang bertukar maklumat dan fikiran bersama Prof Dr Bakhtiar Effendy, Ketua Lajnah Hubungan Luar Muhammadiah.
Menurut beliau, Muhammadiah yang ditubuhkan pada tahun 1912 sehingga kini memiliki 174 buah universiti, 49 buah hospital, lebih 10 ribu tadika serta ratusan buah sekolah. Ini bersesuaian dengan tumpuan Muhammadiah dalam bidang pendidikan, kesihatan dan sosial.
Sementara itu, pada sesi petang, rombongan mengadakan lawatan ke Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) yang disambut dan dialu-alukan sendiri oleh Ketua Umumnya sendiri Drs. Haji Mohammad Siddik.
Menurutnya, DDII yang diasaskan 50 tahun lalu oleh Almarhum Dr. Mohammad Natsir, mantan Perdana Menteri Indonesia yang pertama sangat konsisten dan prihatin dalam bidang dakwah.
DDII menurutnya tidak sekadar dakwah bil lisan, namun bil hal, dengan memberi contoh bahawa DDII yang kegiatannya utamanya melatih kader-kader dakwah telah mengirim ratusan pendakwah ke seluruh negara dan nusantara, membangunkan tidak kurang 700 buah masjid dan pusat Islam, membangunkan sekolah sehingga ke perguruan tinggi, hospital dan lain-lain.
Rombongan DUPP mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pertubuhan ini yang berperanan dalam bidang masing-masing khususnya kepada masyarakat Indonesia khususnya dan nusantara amnya. DUPP turut mengundang pimpinan Muhammadiah dan DDII ke Ijtimak Perpaduan Ummah Rantau Asia yang akan diadakan pada 21-23 Julai akan datang di Kelantan.
Lawatan empat hari ini dikendalikan oleh Ustaz Mohammad Ismi Mohd Taib, Ketua Lajnah Antarabangsa DUPP merangkap Pegawai Khas Presiden PAS, turut disertai oleh AJK PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ustaz Misbahul Munir Masduki, AJK DUPP, Ustaz Mohd Kamal Osman dan Ustazah Ana Mastura Ismail serta beberapa AJK DUPN Perak dan Kedah.
{jathumbnail off}