Home Artikel PAS Perlis

Kunjungan Eratkan Muslimat PAS Perlis, PDRM

407
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

KANGAR : Bersempena dengan Sambutan Hari Polis Ke-214 yang disambut semalam, Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) telah mengadakan kunjungan mahabbah ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis serta tiga buah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

Tiga buah IPD berkenaan adalah IPD Kangar, IPD Arau dan IPD Padang Besar.

Program yang diadakan setiap kali sambutan hari polis ini antara lain bertujuan bagi meraikan dan menghargai pergorbanan para anggota polis yang merupakan petugas barisan hadapan negara.

Menurut Ketua Muslimat PAS Perlis Hajah Latipah Mat, selain berpeluang beramah mesra dengan para pegawai serta anggota polis, program seumpama ini mampu mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara DMPNPs dengan PDRM.

“Sudah menjadi kelaziman, kunjungan mahabbah ini menjadi acara wajib DMPNPs setiap kali menjelangnya Hari Polis.

“DMPNPs menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa bangga kami kepada seluruh warga PDRM atas khidmat bakti dan pengorbanan mereka dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara serta ketenteraman awam terus terjamin,” katanya ketika ditemui pagi tadi.

Beliau turut menyampaikan jambangan bunga orkid dan kek bersempena dengan sambutan hari polis kepada wakil IPK dan IPD yang dikunjungi.