Home Berita PAS Perlis

Kuliah Dhuha Haraki Program Terbaharu DUPNPs

876
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Susulan kejayaan program Kuliah Dhuha Online yang diadakan pada setiap hari Jumaat, Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis (DUPNPs) bakal menganjurkan program kuliah secara bersemuka tidak lama lagi.

Program yang diberi nama Kuliah Dhuha Haraki itu akan diadakan pada setiap hari Ahad jam 9.30 pagi bertempat di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS).

Menurut ketuanya Ustaz Idris Yaacob, sebagai membuka tirai penganjurannya, satu program berbentuk forum perdana akan berlangsung di lokasi yang sama pada 3 Januari nanti.

“Forum berkenaan membariskan seramai empat orang ahli panel yang juga pengisi slot Kuliah Dhuha Haraki yang dijadual akan bermula pada 10 Januari nanti.

“Seluruh lapisan masyarakat khususnya ahli PAS dijemput hadir,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Ujarnya lagi, Kuliah Dhuha Haraki juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman facebook Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis.