Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Ramai yang telah “move on” apabila hilang kuasa kesan dari perletakkan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai PM bulan Febuari 2020 lalu, iaitu lebih setahin lalu.
Perletakkan jawatan yang mengakibatkan kerajaan PH runtuh dan semua anggota kabinet dan lantikkan politiknya hilang jawatan, sesuatu yang mengejutkan ketika itu sedangkan PH baru 22 bulan berkuasa.
Tapi apakan daya terlajak perahu boleh diundur tetapi kerajaan roboh sudah tidak mungkin ditegakkan kembali.
Kesal dan kecewalah yang berjawatan kerana baru sahaja nak menikmati kegagahan kuasa tiba-tiba terperusuk kembali ke bangku pembangkang.
Yang cerdik dan profesional dapat menerima realiti dan terus beralih peranan sebagai pembangkang yang konstruktif tapi malangnya ada beberapa kerat termasuk Pokok Sena nampaknya masih terganggu emosinya tidak dapat menerima kenyataan.
Lalu terbitlah kenyataan yang dangkal, Pandir dan terkadang lucu mencerminkan kroniknya serangan atas emosinya sejak hilang kuasa.
Bawa bersabar dan perbanyak istighfar, malu ke para pengundi, kawan-kawan dan anak beranak.
Bebaskan Pokok Sena dari Pak Pandir.
21 Oktober 2021 | 14 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor