Home Berita PAS Selangor

KM Klang, KASEH & KRC taja sarapan pagi di PPV KK Bandar Botanik – PAS Klang

17
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 20 Oktober – Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Kota Raja Care (KRC) dan Bakewanis pada hari ini menaja sarapan pagi buat petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang.

Sumbangan berbentuk roti ‘homemade’ sebanyak 250 ketul, 2 kotak sambal goreng jenama Ibu dan 10 kotak air mineral telah diserahkan kepada wakil PPV KK Bandar Botanik, Encik Azrul Izwan Mohamed (Penolong Pegawai Perubatan).

Antara yang hadir semasa program pagi ini ialah Pengerusi KASEH saudara Izam Awalludin, Pengerusi Kota Raja Care, Ustaz Yusof dan wakil Bakewanis Klang iaitu Ustazah Noraini Hussin.

Program sumbangan selesai sekitar 10.45 pagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor