Walaupun dengan pertambahan kes di Malaysia dalam beberapa hari ini, kedudukan bilangan total kes Malaysia di dunia sebenarnya menurun.
Bilangan total kes di dunia kini hampir mencegah 22 juta kes. Pertambahan kes di Malaysia kini bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika dilihat pola pertambahan kes di negara lain.
Secara peribadi, saya melihat Malaysia sebenarnya adalah sangat cekap dalam contact tracing. Kluster Sivagangga yang menjadi buah mulut kita dua minggu lepas, kini sudah tiada kes baru yang dilaporkan. Dan semoga ia kekal sedemikian.
Ramai saya lihat mahu mendesak agar kerajaan melaksanakan PKPD di beberapa kawasan yg terlibat. Yang pastinya keputusan adalah pada MKN pusat, bukan di bawah kuasa negeri dan berdasarkan kepada data yang dipersembahkan oleh KKM dengan nasihat pakar kesihatan awam.
Jika dirasakan keadaan adalah terkawal dengan keberjayaan contact tracing, maka kerajaan mungkin berpandangan tidak perlu. Kita hanya tahu nombor yang dipersembahkan setiap hari, tetapi KKM ada datanya.
Way forward bagi pandemik COVID19 ini adalah pengalaman norma baharu, bukan bermudah melaksanakan kembali PKP. Jika kita jumpa kawan rapat yg nampak sihat wal afiat pun, apakah kita boleh kekal SOP atau mahu juga bersalam berpeluk?
Akan tetap ada insan yang akan langgar SOP dalam jangka masa kita menunggu vaksin muncul. Peranan kita meminimakan pelanggaran SOP dan jika boleh menghapuskan terus. But we all know that it is hard. Kena didik masyarakat, sokong kempen norma baharu. Pemimpin kena jadi contoh.
The fight is still far. Itu realitinya.
Dr. Fairuz Azmi
Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia
28 Zulhijjah 1441H | 18 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor