Home Rencana PAS Kelantan

Kreasi Razi Batik jadi busana rasmi Kontinjen Paralimpik Tokyo 2020

136
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

Anak jati Pengkalan Kubor, Mohd Shairazi Kadir diberi kepercayaan mereka cipta fesyen batik rasmi untuk busana delegasi Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung pada 24 Ogos hingga 5 September 2021 nanti.

Pemilik Razi Batik itu ialah anak Ustaz Kadir Pak Nik Mat dari Mukim Tebing, Pengkalan Kubor yang membuka galeri perniagaan di Ampang, Selangor.

Kreativiti Shairazi mula dikesan oleh Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi yang cakna terhadap kebolehan anak tempatan.

Dato’ Che Abdullah mengambil inisiatif mempromosi busana rekaan Razi Batik dengan memperagakannya pada majlis-majlis yang bersesuaian bagi menyokong usaha anak muda ini.

Kini, Razi Batik sudah diketahui umum dan mula mendapat pengiktirafan bertaraf dunia.

“Kita bangga hasil seni warga Tumpat menjadi tumpuan dunia di temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Hal ini membuktikan kehebatan anak Kelantan bahkan Malaysia di persada antarabangsa. Inilah erti merdeka sebenarnya”, katanya ketika dihubungi.

Kemeja batik rekaan Shairazi menjadi seragam Kontinjen Malaysia boleh ditonton di pautan https://fb.watch/7yUdy9QNJe/