Home Berita PAS Selangor

KRCAMALSELANGOR terus istiqamah dengan misi membantu masyarakat – PAS Kawasan Kota Raja

73
SHARE

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 9 September – “Memasyarakatkan PAS”, tema yang dikatakan perlu kembali diperkasakan. Dialog jendela cendikiawan mutakhir melihat keperluannya menjadi sangat penting terutama dalam fasa pandemik di mana PAS, walaupun sebahagian daripada anggota kerajaan.

“Gerakan di lapangan dan dengan kekuatan petugas, amilin dan relawan menjadikan ufuk medan kemasyarakatan terbuka seluas-luasnya”.

Jesteru PAS Kawasan Kota Raja menerusi KRCAMALSELANGOR yang juga merupakan sebuah intiti Jamaah dan NGO yang berteraskan dakwah dan kebajikan, sentiasa mahu berdamping dengan masyarakat bagi menyebarkan budaya Ruhama’ atau saling berkasih sayang.

KRCAMALSELANGOR memulakan jejalah kebajikan mereka dengan, menghantar sumbangan kebajikan kepada sebuah keluarga 5 beranak dimana ibu mereka kini berada di Hospital Sungai Buloh, 2 lagi beradik di MAEPS, seorang kuarantin di rumah dan seorang lagi didapati negatif tetapi tetap berkuarantin di rumah. “Semoga seluruh ahli keluarga ini diberikan kesembuhan semula”.

Program penghantaran makan tengahari yang sejak 26.8.2021 ke CAC Bandar Botanik berjalan lancar seperti biasa. Pengurus operasi di sini menzahirkan rasa syukur kerana terdapat pihak yang prihatin dan sentiasa memberi mereka sokongan dalam perjuangan melandaikan virus COVID-19

Seterusnya, ziarah kebajikan RelawanAmal KRCAMALSELANGOR, Puan Kody Sivasubramaniam yang sebelum ini ditimpa kesedihan selepas suami tersayang meninggal dunia angkara COVID-19.
Diharapkan agar beliau yang kini tinggal berdua bersama anak perempuan tunggalnya diberi ketabahan dan sedikit demi sedikit dapat menerima kehilangan insan tersayang.

“KRCAMALSELANGOR telah 3 kali menziarahi beliau sejak peristiwa tersebut dan akan sentiasa membantu secara tetap dan berkala, InsyaAllah”.

KRCAMALSELANGOR juga meneruskan sumbangan kebajikan berbentuk barangan asas dan makan tengahari untuk keluarga Puan Mariana, ibu tunggal dengan 3 orang anak yang baru kematian suami. Beliau dikhabarkan baru 3 hari keluar daripada hospital dan dalam proses pemulihan akibat COVID-19.

May be an image of 4 people, people standing and outdoorsSeperti yang telah dijadualkan penghantaran 3 orang anak lelaki Asnaf Fakir KRC untuk menyambung pembelajaran ke sebuah tahfiz di Sungai Rambai, Melaka berjalan lancar. Mereka telah bertolak dari tempat tinggal mereka di Flat Bandar Parkland pada jam 3.15 petang.

May be an image of 3 people and people standing

Sebelum itu, pihak KRCAMALSELANGOR telah menyediakan segala keperluan ketiga-tiga remaja ini sebelum mereka bertolak ke Melaka hasil sumbangan orang ramai dan para AJK KRCAMALSELANGOR sendiri. KRCAMALSELANGOR turut menyampaikan sumbangan kepada pihak tahfiz berkenaan, juga sumbangan untuk ibu mereka serta 2 lagi anak perempuan yang masih tinggal bersama ibu mereka.

“Doakan anak-anak ini mendapat pendidikan dan tarbiyyah secukupnya agar menjadi insan soleh dan musleh”.

May be an image of 2 people

Tugasan akhir hari ini, adalah program edaran 100 pek makanan siap bermasak DapurAmal KRCAMALSELANGOR yang bertempat di Gerai Asnaf KRCAMALSELANGOR Cawangan 1 bertempat di Jalan Kebun. “Semoga program ini memberi manfaat dan kebaikan untuk mereka yang berhajat kepada bantuan”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor