Home Berita PAS Selangor

KRCAMALSELANGOR terus beraksi membantu rakyat – PAS Kawasan Kota Raja

20
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 1 September – PAS Kawasan Kota Raja menerusi KRCAMALSELANGOR terus menggorak langkah dalam misi kebajikan membantu mereka yang memerlukan. Permulaan pertama kali Rak Amal Kongsi Rezeki (AKR) yang diuruskan KRCAMALSELANGOR bertempat di Green Wave Mart menerima kehadiran golongan asnaf teramai dalam satu hari, iaitu seramai 10 orang.

10 Orang tersebut termasuk golongan ibu tunggal, muallaf dan bukan Islam hadir untuk menerima pek sumbangan makanan AKR. Menurut KRCAMALSELANGOR, sumbangan untuk rak ini juga sangat memberangsangkan, ramai yang datang membeli barangan di kedai ini dan kemudian menyumbangkan semula kepada rak AKR.

May be an image of 3 people, people standing and text that says "CAC PELABUHAN KLANG Su"

Seterusnya, sumbangan makan tengahari KRCAMALSELANGOR ke CAC Bandar Botanik sudah masuk hari ke-5. “Sumbangan ini akan berjalan berterusan selagi ada bajet dan sumbangan”.

Sementara itu, pihak KRCAMALSELANGOR bersama beberapa NGO seperti NGO KASEH dan lain-lain turut berkerjasama menghantar makan tengahari ke CAC Pelabuhan Klang untuk tempoh 10 hari kehadapan.

May be an image of 1 person and headscarf

Aktiviti mereka termasuk menziarahi keluarga asnaf KRCAMALSELANGOR yang juga merupakan seorang ibu tunggal. Sukarelawan KRCAMALSELANGOR turut membawakan untuk mereka makan tengahari.

Puan Mariana yang baru kematian suami telah dimasukkan ke wad sejak 26 Ogos, meninggalkan 3 orang anak-anak beliau termasuk yang berusia 3 tahun di bawah jagaan seorang lagi asnaf KRCAMALSELANGOR (ibu tunggal 5 anak).

Keluarga Puan Mariana telah disahkan positif COVID-19 pada 14.8.2021 dan potong gelang pada 25.8.2021. Namun pada 26.8.2021, sakit dada dan batuk darah yang menyebabkan terpaksa di tahan wad. “KRCAMALSELANGOR akan membiayai kos ubatan cairan darah bersama para penyumbang agar beliau kembali sembuh”.

May be an image of 2 people

Hari ini juga, genap setahun usia Gerai Asnaf

KRCAMALSELANGOR cawangan pertama. Gerai yang kini dikongsi oleh lebih 20 orang asnaf yang terlibat antara yang paling berjaya sehinggakan asnaf yang terlibat kini bertambah baik taraf ekonomi mereka.

May be an image of 1 personSempena Ulang Tahun kali pertama, hari ini edaran 100 pek makanan siap bermasak Dapur Amal dan sayuran segar Kebun Amal diedarkan kepada para pengunjung sebagai tanda penghargaan. “Semoga gerai ini terus maju dan menyumbang kepada kesejahteraan para peniaga asnaf yang terlibat”.

May be an image of tree, road and text that says "T SAHARAT"

Sementara itu, Relawan Amal ditugaskan untuk bersama-sama team Pengurusan Jenazah Covid 19 menguruskan pengebumian jenazah di perkuburan Islam Johan Setia

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor