Home Berita PAS Selangor

KPen DHPP Selangor sampaikan sumbangan Covid-19 MCO 3.0 – DHPP Negeri Selangor

78
SHARE

May be an image of 5 people

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Pandan | Sejak hari pertama PKP 3.0 atau total lockdown di seluruh negara hingga kini, negar masih mencatatkan kenaikan kes COVID-19 secara mendadak. Bagi meningkatkan keberkesanan PKP dalam memutuskan virus coronavirus itu, kerajaan telah menguatkuasakan PKPD di kawasan-kawasan sasaran.

Rakyat sedar kepentingan meneruskan tempoh PKP, namun kegusaran tetap ada bagi mereka bergaji harian atau peniaga kecil yang tidak lagi dibenarkan membuka gerai sepanjang tempoh ini. Tiada lagi punca rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Ketua Penerangan DHPP Negeri Selangor, Sdr.Harii@Khana telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan dapur, makanan asas dan sayur-sayuran kepada 5 buah keluarga yang terjejas kepada pandemik Covid-19 dan telah hilang pendapatan. Kesemua keluarga tersebut tinggal di sekitar kawasan Pandan, Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor