Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Sungai Buloh | Menteri Kanan Pertahanan Dato Ismail Sabri Yaacob baru sahaja selesai sidang media petang tadi menggambarkan bagaimana PKP 3.0 ini diperketatkan di seluruh negara. Ini berikutan kes yang terlalu tinggi dan tidak menunjukkan lagi tanda-tanda kes akan menurun jika PKP tidak diperketatkan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Ustaz Hanafi Zulkapli dalam memaparkan reaksi spontannya jika PKP ini tidak diperketatkan dan kes merebak dengan cepat, mengenangkan nasib para “frontliner”. “Sudah tentu tidak dapat dibayangkan jika mereka ini salah seorang kaum keluarga, orang kesayangan atau sahabat karib anda?”, ujar beliau dengan penuh simpati.
“Saya hanya mampu seru kepada semua, ayuh kita bantu barisan hadapan negara. Jom ‘self lockdown’, dan marilah sama-sama kita doakan agar seluruh pasukan KKM, PDRM, ATM dan semua yang terlibat diberikan kekuatan dan kesabaran membawa amanah negara”, ujar beliau.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor