Kor Munajat ‘AKIFI Muslimat PAS Dekati Wanita
Jasin : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Ustazah Nuridah Mohd Salleh melancarkan Kor Munajat AKIFI peringkat DMPM di Kompleks PAS Jasin sempena program berkala Gelombang ‘AKIFI Fasa 11 di Melaka.
Menurut beliau objektif Pelancaran Kor Munajat ‘AKIFI adalah untuk menubuhkan Kor Munajat ‘AKIFI di semua Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC) dengan menyeragamkan pelaksanaan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil, Ruqyah dan Munajat, membina hubungan ukhuwah Islamiyah dengan masyarakat setempat, khususnya golongan wanita, memperkenalkan bacaan zikir yang selama ini dipraktikkan dalam Gelombang ‘AKIFI Muslimat PAS kepada masyarakat serta menyemarakkan Majlis Zikrullah secara berkumpulan dalam masyarakat.
“Ustazah berharap sangat semua muslimat dapat menggerakkan Munajat ‘AKIFI bersama masyarakat setempat, jiran tetangga,
“kerana zikir yang kita bacakan bukan sebarangan zikir tapi ianya menjadi amalan para ulama terutama al-marhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din ketika hidupnya”, tegas beliau semasa memberikan penerangan.
Seramai lebih kurang 150 orang muslimat hadir pada Majlis Pelancaran tersebut terdiri daripada Muslimat PAS Negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor termasuk juga beberapa orang kalangan wanita UMNO turut hadir.