Home Berita PAS Selangor

Kor Munajat AKIFI Antara Punca Kekuatan PAS

1435
SHARE

Oleh : Wan Nur Aziezan Baharuddin

BUKIT MAHKOTA, 17 Mac 2019 – Semua perwakilan dan pemerhati Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Serdang diingatkan agar memperkasa amalan munajat dan berdoa memohon pertolongan Allah.

Perkara ini sangat penting kerana ia adalah benteng ampuh setiap ahli PAS bagi mendepani isu semasa hari ini. Amalan seperti solat tahajjud dan qunut nazilah harus dilazimi dan dihayati oleh semua bukan hanya bertumpu pada fasa pilihanraya sahaja sebaliknya perlu diteruskan disepanjang hidup ahli.

Ketua Muslimat PAS Serdang, Puan Hamsatul Hamzah telah menyarankan pada maktamirat agar setiap muslimat PAS cawangan mewujudkan kor atau Kumpulan munajat AKIFI di cawangan masing-masing. Munajat ini perlu dilaksanakan secara berkala dan dan melibatkan masyarakat setempat.

“Saya menyarankan setiap muslimat mewujudkan Kor munajar AKIFI yang dilaksanakan secara berkala bersama masyarakat.

“Ini adalah usaha yang kita harap akan diterima oleh Allah dan menjadi sandaran untuk kita meraih kekuatan menentang musuh-musuh Islam, seterusnya memberi kemenangan dalam pilihanraya akan datang.”