Home Berita PAS Perlis

Konvokesyen PASTI: Tahniah Buat Para Graduan PASTI Negeri Perlis

875
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

KUALA TERENGGANU : Istiadat Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia 2018 yang telah berlangsung di Primula Beach Hotel pada 27 hingga 28 Julai lalu menjadi titik permulaan penuh sejarah buat seluruh graduan dari negeri ini.

Seramai 680 guru pelatih peringkat Sijil Perguruan PASTI (SPP) dan 188 guru pelatih peringkat Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) telah diraikan dalam majlis penuh gemilang, bersama Menteri Besar Terengganu, Y.A.B. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Daripada jumlah itu, seramai 21 orang penerima, (15 orang graduan peringkat sijil, 6 orang graduan diploma) merupakan tenaga penggerak PASTI dari negeri ini.

Paling membanggakan apabila dua orang guru PASTI iaitu Cikgu Munirah Sobhi dan Cikgu Ummi Kalsom Rozlan berjaya merangkul Anugerah Dekan Sijil Perguruan PASTI (SPP) serta mencapai pointer 4.0 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK).

Kegembiraan para graduan itu turut dikongsi bersama oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil yang menyifatkan kejayaan manis yang dicapai itu adalah hasil usaha keras para guru dalam menyempurnakan pengajian masing-masing walaupun dalam masa yang sama dibebani dengan kesibukan tugas sebagai guru.

Pada masa yang sama, beliau turut menaruh harapan agar para graduan sentiasa bersedia dengan penuh cekal untuk menggalas beban amanah selaku pendidik demi mencetak lebih ramai generasi penyambung mata perjuangan Islam.