Home Berita PAS Pulau Pinang

Konvensyen Pilihanraya PAS Pulau Pinang 2018

1498
SHARE

Alhamdulillah, Konvensyen Pilihanraya PAS Pulau Pinang 2018 telah selesai diadakan pada 3 November 2018 oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang (JPrNPP) sebagai momentum persediaan PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum Malaysia ke-15 yang bakal berlangsung dalam tempoh kurang dari lima tahun lagi.

Konvensyen yang berlangsung di Dewan Taman Bertam Indah, Kepala Batas ini telah dihadiri oleh penggerak jentera Pilihanraya dari semua kawasan di Pulau Pinang melibatkan Jentera Pilihanraya DUN (JPrD) serta Kawasan (JPrK).

Konvensyen ini telah disusun dengan pembentangan- pembentangan postmortem berkaitan pilihanraya oleh JPrK bertanding dan sessi dialog antara peserta, pimpinan serta para juri yang dilantik oleh JPrNPP.

Pembentangan sessi pertama telah dikendalikan oleh semua JPrK bertanding dalam membentangkan postmortem Parlimen serta DUN masing-masing, kemudian disusuli dengan soal jawab.

Pembentangan sessi kedua telah dikendalikan oleh Tuan Hussain Sazlan yang juga merupakan Timbalan Pengarah JPrNPP dengan tajuk “Apa Tindakan kita selepas Pasca PRU-14 ?”

Konvensyen diakhiri dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Pengarah JPrNPP, Tuan Bukhori Hj.Ghazali.
Beliau menyebut dalam ucapannya “Kita sudah tidak boleh leka melihat musuh menyerang di segenap sudut, kita harus bangun dan teruskan gerak kerja yang ada. Jika impikan hasil yang luar biasa, maka usaha pun perlu luar biasa.”

Firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat ke-7
Maksudnya:
“Kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Siiru Ala Barakatillah.

Yang Benar,
Sarfaraz Ahmad
Unit Media,
Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang