Makluman kepada semua Ahli PAS Negeri Sembilan,
Jabatan Pilihan Raya PAS NEgeri Sembilan akan menganjurkan Konvensyen Pilihanraya PAS Negeri Sembilan 2017 akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:
Tarikh : Hari Ahad, 23 April 2017
Masa : 8.30 Pagi-2.00 Petang
Tempat : Muassasah Darus Suada, Jempol
Bayaran : RM 10.00 seorang.
Sasaran :
Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak/Pemuda & Muslimat PAS Negeri Sembilan
Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya Negeri (JPrN)
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan-kawasan
Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan-kawasan (JPrK)
Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya DUN-DUN (JPrD)
Ahli Jawatankuasa Unit Peti Undi (UPU)
Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan amatlah berbesar hati menjemput Dato`/Datin/Ustaz/Tuan/Puan/Saudara/Saudari menghadiri konvensyen ini dan diharap dapat mendaftarkan kehadiran menerusi kawasan masing-masing.
Sekian. Semoga Allah swt memberikan kelapangan dan kemudahan kepada pihak Dato`/Datin/Ustaz/Tuan/Puan/Saudara/Saudari bagi menghadiri program Konvensyen PAS Negeri Sembilan ini sebagai tanda persiapan kita untuk menghadapi PRU 14 yang akan datang dengan lebih kemas dan tersusun.
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN “
“INILAH PENYELESAIAN KITA “
Yang Menjalankan Tugas,
TUAN ABDUL RAHIM UJANG
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan
{jathumbnail off}