Home Artikel PAS Negeri Sembilan

KONVENSYEN PILIHANRAYA PAS NEGERI SEMBILAN 2017.

595
SHARE

KONVENSYEN PILIHANRAYA PAS NEGERI SEMBILAN 2017.

Alhamdulillah, Konvensyen Pilihanraya PAS Negeri Sembilan 2017 telah selesai diadakan pada 23 April 2017 oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan sebagai momentum persediaan PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum Malaysia ke-14 yang bakal berlangsung dalam tempoh kurang dari setahun lagi.

Konvensyen yang berlangsung di Muassasah Darus Suada, Batu Kikir, Jempol ini telah dihadiri oleh penggerak jentera Pilihanraya dari semua kawasan di Negeri Sembilan melibatkan Jentera Pilihanraya DUN (JPrD), Kawasan (JPrK) dan Unit Peti Undi (JPrU).

Konvensyen ini telah disusun dengan 2 pembentangan berkaitan pilihanraya dan sesi dialog antara peserta dengan pimpinan.

Pembentangan Pertama telah dikendalikan oleh Tuan Haji Kamarol Ridzuan Mohd Zin dengan tajuk Ruang dan Peluang PAS di DUN dan Parlimen Negeri Sembilan.

Pembentangan Kedua telab dikendalikan oleh Dr Wan Nik Wan Yusof, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat dengan tajuk Istiqamah Melakar Kemenangan PRU-14.

 

Sesi Dialog pula telah diadakan dengan 4 oleh ahli panel iaitu Dr Wan Nik, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Mustaffa Daharun, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri, Tuan Haji Fadli Che Me, dan Tuan Haji Kamarol Ridzuan sendiri.

Konvensyen diakhiri dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Mustaffa Daharun, dan Ikrar Jentera Pilihanraya telah dilafazkan oleh semua peserta yang diketuai oleh Ketua Pemuda, Tuan Khairul Yazman Yahaya

Firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat ke-7

?? ?????? ???? ?????? ????? ???????

Maksudnya:
“Kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Siiru Ala Barakatillah.

#IstiqamahHinggaKemenangan
#InilahPenyelesaianKita
#MengukuhIstiqamahMemacuKemenangan
#MuslimatIstiqamah

Gambar Sekitar Program:

{jathumbnail off}