Home Artikel PAS Perak

Kongsi Rezeki Di Bulan Ramadan

73 views
SHARE


Oleh : Ez

BUKIT GANTANG , 7 Jun – PAS Bukit Gantang mengambil inisiatif di bulan ramadhan untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan.

Kebajikan membantu rakyat sentiasa menjadi agenda utama , samada semasa menjulang kemenangan atau pun tidak.

Naib Presiden PAS , Ustaz Idris Ahmad berkata , program penyampaian bantuan tetap diteruskan menjadi bukti PAS sentiasa menjaga kebajikan rakyat walaupun PAS tidak dapat mengekalkan kemenangan di Parlimen Bukit Gantang.

Beliau berkata demikian di hadapan penerima sumbangan sempena program “Sumbangan Kasih Ramadan ” di Markaz Pas Kampung Cheh Seberang , Markaz PAS Changkat Ibol , Markaz PAS Pekan Trong , PASTI Nurul Jauhar dan Markaz PAS Sungai Tinggi pada hari ini.

“Program yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah , fakir miskin , anak-anak yatim ,ibu tunggal dan OKU ini adalah inisiatif yang diambil bagi menceriakan penerima sumbangan menyambut aidilfitri pada tahun ini “jelasnya.

Menurutnya, program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Bukit Gantang itu adalah salah satu daripada aktiviti tahunan yang dijalankan secara berkala oleh PAS Bukit Gantang.

Program ini akan diteruskan pada 9 Jun dan 11 Jun ini di beberapa lokasi yang berlainan dalam parlimen Bukit gantang.

Yang turut hadir ialah YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Timbalan YDP PAS Bukit Gantang , Tuan Haji Rahim Ismail , Naib YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Zulkefly Ahmad , Timbalan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Bukit gantang , Tuan Haji Jamaluddin , ajk muslimat serta pemuda.