Home Artikel PAS Perak

Rayuan sumbangan pecutan 10 terakhir Ramadhan

103 views
SHARE

Rayuan sumbangan pecutan 10 terakhir Ramadhan

RAYUAN SUMBANGAN WAQAF/INFAQ/ZAKAT UNTUK PEMBANGUNAN YAYASAN DARUL TA’LIM, SUNGAI LIMAU, IJOK, SELAMA PERAK, KINI DIBUKA
=======================================

🌺 Baginda Rasulullah di bulan Ramadhan penuh barakah ini menjadi orang yang paling dermawan melebihi kedermawanannya di bulan-bulan lain
=======================================
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Yayasan Darul Ta’lim telah menubuhkan serta menguruskan sebuah Pusat Pendidikan Islam Darul Ta’lim yang terdiri dari Pondok warga emas, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Pondok remaja. Pihak Yayasan sedang berusaha mencari dana bagi tujuan menyiapkan serta membina sebuah bangunan Maahad Tahfiz yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2019. Yayasan juga terlibat secara aktif dalam kerja -kerja kebajikan membantu meringankan bebanan masyarakat yang terdiri dari anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan lain-lain.

2.Sehubungan itu, Pihak YDT mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada tuan/puan yang budiman berupa zakat/infaq/waqaf dan selainnya untuk menjayakan misi dan visi yang besar ini, bagi melengkapkan pembangunan sebuah Pusat Pendidikan Darul Ta’lim yang terdiri dari Pondok Warga Emas, Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz serta Pondok Moden.

3.Untuk tujuan tersebut, kepada tuan/puan yang berhasrat untuk menyertai kami dalam melahirkan generasi Al-Quran ini boleh terus menyalurkan sumbangan melalui akaun MAYBANK :-

558305517486
YAYASAN DARUL TA’LIM

Sebarang pertanyaan hubungi Ustaz Firdaus Hasan 019 600 4963

4. Jualan Wakaf hanya RM 10 sekaki persegi tanah.

5. YDT juga menawarkan bahagian Korban Eidil Adha RM650.00 satu bahagian. Wang Syubhah dan dan fidyah juga kami sedia uruskan.

6.Segala sumbangan dan perhatian tuan/puan kami dahului dengan ucapan “Jazakumullahu khairan Kathiran”

Sekian, terima kasih.

“AL-QURAN DI JUNJUNG,&HUFFAZ TERULUNG”

Yang melaksanakan amanah,

…………………. t.t……………….
(MOHD AKMAL HJ KAMARUDIN)
Pengarah,
*YAYASAN DARUL TA’LIM,*