Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Umar Al-Hayawi
Sungai Besar | Kita Semua memahami kesukaran pelbagai individu dan keluarga di saat PKP ini berkuatkuasa dan kebanyakan aktiviti harian banyak berada di rumah. Berikutan pergerakan kita semua yang terbatas akibat pandemik Covid-19 ini, kebanyakan keluarga kini menghadapi kekangan hidup kerana pendapatan terjejas dengan teruk.
Kesinambungan itu, sebanyak 15 kit sumbangan telah diagihkan kepada 15 penerima yang terdiri dari wanita muda di sekitar Parlimen Sungai Besar hari ini. Kerjasama di antara Ameerah Sungai Besar dan Khidmat Malaysia Sungai Besar telah menjayakan misi Ameerah Care 2.0 ini. Sumbangan telah selamat diagihkan kepada semua penerima.
Laporan menceritakan, pelbagai latar belakang dan ujian serta dugaan yang menimpa keluarga mereka. Khidmat Malaysia Sungai Besar bersama NGO Ameerah Care telah menyantuni dan mendengar luahan dan isi hati keluarga-keluarga ini. Setiap dari kita semuanya berbeza ujian yang menimpa, bertanya khabar dan santuni tetangga kita juga adalah salah satu cara terbaik untuk kita membantu mereka yang sangat memerlukan.
“Ujian yang berbeza ini tidak boleh disamakan pada setiap orang. Jangan diletakkan situasi yang keluarga kita ada sekarang ini, sama dengan situasi yang dihadapi oleh keluarga lain. Cuba lah bantu mereka khususnya dalam memberikan sokongan moral dalam meneruskan saki-baki kehidupan yang mendatang”, nasihat mereka.
Semoga seluruh rakyat Malaysia terus menjaga kesihatan diri khususnya kesihatan emosi dan fizikal tika masa sukar ini. dan juga semoga kita semua diberikan lindungan oleh Allah dan dijauhkan dari segala wabak penyakit yang melanda ketika ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor