Home Berita PAS Selangor

Rakyat PKPD disantuni dengan barangan basah dapur – PAS Kawasan Petaling Jaya

32
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya

Oleh : Umar Al-Hayawi

Petaling Jaya | Kebanyakan rakyat kini tejejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKPD yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19. PAS Cawangan Seksyen 51A terus menyantuni mereka yang terkesan dengan arahan PKPD.

Sekali lagi program sumbangan bantuan Covid-19 kepada masyarakat disekitar Seksyen 51A dan Impian Baiduri dijalankan. Seramai 111 keluarga telah menerima barangan keperluan asas seperti beras, telur, biskut dan barangan basah.

Turut hadir bersama memberikan sumbangan, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Petaling Jaya Tuan Haji Ahmad Pohat Shamsuddin, Ketua Dewan Muslimat Kawasan Puan Norliana Mohamad dan juga Komandan Jabatan Amal Kawasan Petaling Jaya Ustaz Zulkifli Bin Mohd Noor.

Semoga bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak ini dapat mengembalikan semula kegembiraan keluarga-keluarga yang terjejas ini setelah kabur dengan masalah yang dihadapi dalam masa sukar melawan pandemik Covid-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor