Home Berita PAS Negeri Sembilan

Khidmat Malaysia Rembau, PRIWARISN9 edar set dapur masak, tilam dan bantal

118
SHARE

Oleh : Azamah Awang

KOTA – Khidmat Malaysia Rembau bersama Pertubuhan Prihatin Waris Negeri Sembilan (PRIWARISN9) telah menggerakkan aktivitinya dengan mengedarkan tilam, bantal serta set dapur masak kepada 13 keluarga yang terlibat banjir di mana 4 keluarga di Kampung Sungai Radin dan 9 keluarga di Kampung Sungai Timun, Lubok China, Negeri Sembilan semalam.

Senyuman terukir tatkala barang sumbangan disampaikan oleh Tuan Haji Kamarul Ridzuan Mohd Zain, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan kepada mereka.

Semoga Allah melipat kali gandakan pahala dan dilimpahi lagi rezeki yang meluas buat penyumbang-penyumbang yang budiman.

Semoga sumbangan yang disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di sana dapat melegakan hati mereka semua.

Turut hadir Hj Ishak bin Omar, Timbalan NGO PRIWARISN9 dan ahli-ahli NGO tersebut.