Home Berita PAS Selangor

KM Petaling Jaya serah bakul makanan asas kepada pemohon – PAS Kawasan Petaling Jaya

31
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya

Oleh : Umar Al-Hayawi

Petaling Jaya | Khidmat Malaysia Negeri Selangor telah menyebarkan talian hangat mereka khas untuk rakyat Selangor bagi memudahkan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan untuk hubungi mereka, dan mereka akan sampaikan bantuan tersebut secepat yang mungkin.

Khidmat Malaysia Petaling Jaya meneruskan program penyerahan sumbangan kepada para pemohon yang menghubungi mereka melalui hotline KMNS. Menurut laporan sebanyak 21 buah bakul makanan asas telah diedarkan disekitar Taman Sri Manja, Petaling Utama, Seri Setia dan Kelana Jaya.

Terima kasih diucapkan kepada PAS cawangan-cawangan yang turut membantu melancarkan tugasan penyerahan kepada mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan sedikit beban mereka semua.

Kepada yang ingin memberi sumbangan kepada PAS Kawasan Petaling Jaya untuk dikongsikan bersama mereka yang memerlukan boleh dibuat ke akaun berikut ;

Akaun : PAS Kawasan Petaling Jaya
No. Akaun : 12047010021941
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor