Home Rencana PAS Pahang

Kita tidak selamat sebelum semuanya selamat

39
SHARE

 

Oleh: ZARIMI SHUBRAWI

Dato’ Sri Dr. Adham Baba (Pengarah Bersama Petugas Khas Imunisasi Covid19-CITF) menyatakan sejumlah lebih daripada sejuta rakyat di Malaysia yang masih belum di vaksin terdiri dari tiga golongan iaitu: Pertama, yang mempunyai masalah peribadi seperti masalah kesihatan. Kedua, yang masih ragu-ragu. Ketiga, yang menolak untuk divaksin.

Daripada jumlah ini menunjukkan masih lagi ramai yang tidak mahu divaksin atas alasan yang tidak munasabah.

Justeru Dewan Pemuda PAS Pahang terus menyokong usaha kerajaan untuk memberi penerangan, berkempen dan nasihat kepada mereka supaya menerima vaksin yang jelas selamat dan terbukti mengurangkan risiko yang teruk jika dijangkiti.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pahang juga mengharapkan agar semua pihak menggembeleng tenaga menyampaikan maklumat yang tepat dan betul tentang vaksin dan menyeru mereka yang masih belum divaksin agar segera mendapatkan vaksin selagi mana vaksin diberikan secara percuma sebelum dikenakan bayaran.

Saranan ini juga adalah bertepatan dengan Maqasid Syar’iyyah dalam usaha pihak kerajaan untuk menyelamatkan nyawa rakyat seluruhnya apabila lebih ramai divaksin mudah-mudahan kita semua juga akan selamat, insya Allah.

Zarimi Shubrawi
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Pahang