Bersama kita memaknakan Hari Malaysia 2021 dengan terus memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang.
Firman Allah SWT Surah Al-hujurat Ayat 13:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 telah mendekatkan silaturrahim antara penduduk di Sabah dan Sarawak dengan rakyat di Semenanjung Malaysia. Kita saling memahami budaya masing-masing, di dalam perbezaan sudah pasti ada nilai persamaan yang boleh menyatukan seluruh rakyat Malaysia.
Apa yang pasti, kita semua hari ni berada dalam suasana ujian pandemik COVID19 sejak awal tahun 2020. Sangatlah wajar untuk kita semua bersatu tenaga membantu negara untuk terus menyumbang idea, tenaga dan bekerjasama menyokong usaha memulihkan negara.
“Kita bersatu untuk Islam dan Malaysia, walaupun berbeza wadah dan pembawakan. Menafaatkan segala persamaan dan usah perbesarkan perbezaan. Kebersamaan perlulah diambil kira dalam setiap tindakan bagi menguntungkan Islam dan Negara dalam mencapai sebuah Keluarga Malaysia.
Ayuh !! Rakyat Malaysia Bersatu Membina Sebuah Keluarga Malaysia yang menghormati Prinsip Rukun Negara.
“Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.”
Selamat Hari Malaysia 2021