Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Khutbah Jumaat: Cabaran Yang Dihadapi Umat Islam

1143
SHARE

Khutbah Jumaat
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Cabaran yang Dihadapi Umat Islam
17 Rejab 1438 (14/04/2017)

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertakwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar peringatan daripada Allah SWT kepada Nabi kita Muhammad SAW:

(Maksudnya) : Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum diantara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Berlaku cabaran yang dihadapi oleh Nabi kita Muhammad SAW pada masa hidupnya golongan khianat yang menentang Islam yang berusaha supaya Nabi kita Muhammad SAW menyeleweng kitab Allah SWT. Mereka adalah tangan orang-orang munafik yang berpura-pura menunjukkan Islam, padahal mereka tidak percaya kepada Islam. Yang kedua golongan ahlul kitab (orang-orang Yahudi dan Kristian) yang tahu kitab, berusaha supaya Nabi kita meneyeleweng daripada kitab Allah SWT.

Sebab turun ayat ini adalah ikhtibar atau pengajaran yang wajib diikuti oleh umat Islam sehingga hari kiamat.

Oleh kerana kewajipan melaksanakan hukum Allah SWT itu berpanjangan sehingga hari kiamat, maka umat Muhammad SAW yang menyambung perjuangan-Nya akan menghadapi cabaran-cabaran yang sama.

Oleh kerana itu hendaklah teguh beristiqamah bersama dengan kitab Allah SWT dan jangan pedulikan segaka tentangan-tentangan itu kerana ingatlah kitab yang menyelamatkan mereka di dunia sehingga hari akhirat.

(Maksudnya): Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

 

{jathumbnail off}