Home Berita PAS Selangor

Khidmat pengangkutan percuma ke tempat vaksin – Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi

136
SHARE

May be an image of ‎car and ‎text that says "‎hنکان FASRARASANS LANC PENGANGKUTAN PERCUMA! KE TEMPAT VAKSIN TERBUKA UNTUK WARGA EMAS, OKU, DAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN HUBUNGI: 012-6054369 (HASAN) Tempahan hendaklah dibuat dua hari sebelum tarikh pengambilan vaksin @PAS Bangi‎"‎‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Seluruh penduduk di Bangi perlu divaksin bagi mencapai 80 peratus tahap imunisasi daerah itu sepertimana sasaran kerajaan. Bagi memperhebat usaha pemberian vaksin, Pemuda PAS Kawasan Bangi mengambil inisiatif buat penduduk di daerah itu, dengan membantu dari sudut pengangkutan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi mengambil inisiatif memberi servis pengangkutan percuma ke Pusat Vaksin UKM bagi golongan yang memerlukan. Inisiatif itu terbuka untuk warga emas, OKU, dan juga golongan yang memerlukan.

Pemuda PAS Bangi mengucapkan, tahniah kepada semua rakyat Bangi yang telah divaksin kerana menjalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia untuk menerima suntikan vaksin. “Bagi yang memerlukan servis pengangkutan jangan sedih-sedih, kami bantu secara percuma” sambung kenyataan mereka.

Pesanan khas daripada Pemuda PAS Bangi untuk seluruh warga sekitar Bangi. Pastikan buat tempahan 2 hari sebelum temujanji vaksin! Hubungi wa.me/60126054369 (Hasan) untuk sebarang pertanyaan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor