Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Sabak Bernam beri bantuan kepada pemohon – PAS Kawasan Sabak Bernam

30
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sabak Bernam

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sabak Bernam | Khidmat Malaysia Selangor telah membuka talian hotline pada mereka yang terkesan di seluruh kawasan Selangor. Di takdirkan Khidmat Malaysia di peringkat kawasan Sabak Bernam telah menerima 3 nama dengan maklumat yang lengkap.

Dengan tidak mengambil masa yang terlalu lama, Khidmat Malaysia peringkat kawasan Sabak Bernam terus usahakan menjejak nama-nama yang di berikan. Mereka juga berurusan dengan PAS-PAS cawangan untuk memastikan penama tersebut di bantu.

Di antara 3 keluarga yang mereka bantu itu, salah satu keluarga yang mereka jejaki ditimpa ujian yang sangat berat. Bapa kepada 8 orang anak yang bekerja sebagai kelendan lori ini terkesan kerana tidak bekerja sepanjang PKP 3.0.

Moga dangan sedikit sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mereka. Khidmat Malaysia Sabak Bernam akan teruskan misi kebajikan ini.

Jika di luar sana khusus di kawasan Sabak Bernam yang terkesan, boleh hubungi penama berikut untuk dibantu :

Hj Sulam Askandar (019-2642599
Hj Sofiyuddin (019-2492782)

Syaifullah ( 013-3784825)

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor