Home Berita PAS Selangor

100 kampit beras untuk Khidmat Malaysia kawasan Klang – PAS Kawasan Klang

13
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang – Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH) telah menyumbang 100 kampit beras kepada Khidmat Malaysia | Kawasan Klang pada petang ini. Pengerusi KASEH, Saudara Izam Awalludin menyerahkan beras tersebut kepada Yang Di Pertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Khalid Nayan yang juga merangkap sebagai Penyelaras Khidmat Malaysia | Kawasan Klang.

Majlis penyerahan beras tersebut berlangsung di SRITI Al Hawariyyun, Pelabuhan Klang sekitar 3.00 petang tadi dengan disaksikan oleh beberapa wakil NGO lain seperti Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal.

Menurut Ustaz Khalid Nayan, beras-beras yang diterima akan dikumpulkan dengan barangan keperluan harian lain seperti tepung, minyak masak, telur, sardin, susu, gula untuk diedarkan kepada mereka di sekitar Pelabuhan Klang, Pandamaran dan Bandar Baru Klang yang mana ketiga-tiga ini berada di bawah kawasan Klang.

Manakala saudara Izam Awalludin menambah, kami para NGO di Klang ini akan terus membantu semua yang terjejas tanpa mengira apa bangsa atau pun agama kerana pandemik Covid-19 kalau nak kena tidak mengira siapa orangnya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor