Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia meneruskan misi bantuan ke Hospital Banting – Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor

127
SHARE

May be an image of 2 people and people standing

INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Banting | Berdasarkan Info Misi Bantuan Covid-19 oleh Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS), mereka meneruskan misi bantuan kepada frontliner di Hospital Banting.

Misi kali ini telah diketuai oleh YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi selaku Pesuruhjaya PAS Selangor. Turut bersama Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh Pengerusi KMNS, Tn Hj Hamdan Sapar Ahli Lembaga Pelawat Hospital, pimpinan NGO, masyarakat dan Jabatan Amal.

Menurut kenyataan Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, rombongan tersebut telah disambut oleh Dr Azizul Rahman Mohamad Jamil, Timbalan Pengarah Hospital bersama-sama pegawainya.

Antara sumbangan yang telah diberikan ialah lima unit komputer riba, printer, pakaian pelindung PPE dan beg jenazah. “Pihak hospital mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga serta memaklumkan keperluan mendesak untuk mendapatkan komputer riba”, ujar beliau.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan-pimpinan NGO dan orang ramai yang terus memberi sumbangan melalui Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) untuk disampaikan kepada para frontliner dan orang ramai yang memerlukan bantuan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor