Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang
Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin
KLANG, 22 Ogos – Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama Pertubuhan KASEH, Jabatan Amal dan Kebajikan DHPP Selangor pada hari ini meneruskan kerja-kerja kebajikan kepada rakyat dengan menghulurkan bantuan Bakul Makanan di sekitar Klang.
Program hari ini diketuai oleh Penyelaras Khidmat Malaysia Klang Ustaz Khalid Nayan, dibantu Pengerusi Pertubuhan KASEH Saudara Izam Awalludin dan wakil Kebajikan DHPP Selangor Cikgu Rajan.
Peringkat pertama, 10 keluarga non-Malay diberi sumbangan di sekitar Bayu Perdana dan Bukit Tinggi. Seterusnya rombongan Khidmat Malaysia Klang singgah di Jalan Arang Pandamaran untuk menyerahkan sedikit bantuan kepada satu keluarga yang rumah mereka telah terbakar baru-baru ini.
Peringkat kedua, Khidmat Malaysia Klang pergi ke Taman Pendamar 2 untuk memberi sumbangan kepada 13 keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Manakala peringkat terakhir sumbangan pada hari ini, Khidmat Malaysia Klang membantu 10 keluarga di Flat Bunga Raya Pandamaran.
Menurut Ustaz Khalid, kita akan cuba sedara upaya untuk merantau ke serata ceruk kawasan di Klang ini memastikan jangan ada di antara mereka yang langsung tiada makanan untuk dimakan demi meneruskan kelangsungan hidup. Tambahnya lagi, sekiranya ada di luar sana di sekitar Klang terkesan dengan Covid-19 ini, bolehlah menghubungi Khidmat Malaysia Klang di talian 011-15041215 dan 012-2258594.
Program hari ini berakhir sekitar 6.00 petang.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor