Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Klang salurkan sumbangan di Kampung Kuantan – PAS Kawasan Klang

137
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal meneruskan kerja-kerja kebajikan dalam memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Pada hari ini Khidmat Malaysia Klang memberi tumpuan di Kampung Kuantan. Untuk makluman Kampung Kuantan adalah Kampung Melayu Tradisi yang tertua di Daerah Klang. Kampung ini terletak di pinggir Sungai Klang. Ia banyak menyimpan sejarah silam semenjak zaman Tun Perak menjadi Penghulu Klang pada masa Negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1458) lagi. Penduduknya pula terdiri daripada berbagai kaum, bagaimanapun orang Melayu masih merupakan penduduk Majoriti.

Penyelaras Khidmat Malaysia Klang, Ustaz Khalid Nayan yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Klang bersama saudara Izam Awalludin (Pengerusi KASEH) dan disertai beberapa wakil NGO turut hadir bagi memudahkan kerja-kerja kebajikan ini.

11 keluarga telah dibantu dengan pemberian bekalan keperluan harian seperti beras, telur, tepung, susu, sardin ada beberapa jenis barang lain. Program kebajikan yang bermula selepas solat zuhur dan berakhir sekitar 6.00 petang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor