Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Klang kerja lebih – PAS Kawasan Klang

92
SHARE

May be an image of 2 people and people standing

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | Meskipun tren kes positif Covid-19 di Selangor semakin menaik terutamanya pada hari ini mencecah lebih 4000 kes. Namun Khidmat Malaysia (Klang) dengan bantuan beberapa NGO seperti Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal meneruskan kerja-kerja amal untuk mengumpul dan menyerahkan bantuan sumbangan barang keperluan harian kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Pengerusi KASEH saudara Izam Awalludin, ada sebahagian kami mendapat sumbangan dan ada juga barangan yang kami terpaksa beli bagi melengkapkan barang-barang yang diperlukan ini. Sehubungan dengan itu,kami menyeru kepada sesiapa yang ingin membantu kami dalam membantu mereka yang lain bolehlah salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 12243010004208 atas nama Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia.

Terima kasih diucapkan buat Komander Jamal Bayu daripada Jabatan Amal yang mengetuai gerak kerja susun atur barang-barang keperluan ini mengikut bungkusan masing-masing. SRITI Al Hawariyyun, Pelabuhan Klang menjadi ‘port’ utama tempat pengumpulan barang sebelum ianya diedarkan. Adakali kerja-kerja ini agak memenatkan, namun atas semangat ‘hablu minannas’ segala penat lelah mereka yang terlibat dalam program seperti ini terbayar bila mana melihat penerima tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih dengan sumbangan yang mereka terima.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor