Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang
Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin
KLANG, 28 Sept – Khidmat Malaysia Klang, Pertubuhan KASEH dan beberapa lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif di sekitar Klang meneruskan kerja-kerja amal bagi membantu mereka yang memerlukan. Antara sumbangan yang disampaikan ialah barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, telur, minyak masak, susu pekat manis dan beberapa lagi barangan lain.
Menurut Penyelaras Khidmat Malaysia Klang Ustaz Khalid Nayan, “kita akan sedaya upaya mencari, menjejak dan mengenalpasti mereka yang susah dan mereka yang terkesan dalam pandemik Covid-19 ini tidak kira apa jua pun latar belakang mereka sama ada mereka itu berbangsa Melayu atau pun bukan Melayu”.
Tambah saudara Izam Awalludin, Pengerusi Pertubuhan KASEH, “Saya sangat berterima kasih kepada NGO-NGO dan orang perseorangan yang sudi membantu dalam gerak kerja yang dilakukan ini. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan buat Yayasan Amal Selangor dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Selangor yang turut membantu bagi melancarkan lagi program ini.
Sepanjang 2-3 hari program ini dijalankan, hampir 40 keluarga telah dibantu di sekitar Pelabuhan Klang dan Pandamaran.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor