Home Berita PAS Pulau Pinang

Khidmat Malaysia kawasan Bukit Mertajam terus berbakti

121
SHARE

BUKIT MERTAJAM, 15 OGOS  Khidmat Malaysia Kawasan Bukit Mertajam diketuai Saudara Norazman Ishak bersama Lajnah Kebajikan Pas Bukit Mertajam turun menyumbang air mineral Di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam.

Pemunggahan kotak-kotak air mineral ke dalam lori bermula seawal 8 pagi dari pusat pengumpulan barangan sumbangan Di Taman Sri Janggus disertai ahli Jabatan Amal Bukit Mertajam dan Dewan Pemuda Kawasan Bukit Mertajam diketuai saudara Anuar Abdul Rahman.

Sebanyak 5,000 botol air mineral bernilai RM 2,300 dihantar menggunakan lori 1 tan tiba di pusat tersebut pada pukul 10 pagi.

Menurut Pengerusi Khidmat Malaysia Bukit Mertajam merangkap ketua Lajnah Kebajikan Pas Bukit Mertajam, Saudara Adnan Yusuf program ini akan diteruskan selagi pusat tersebut beroperasi dan sudah tentu memerlukan lagi sumbangan dari orang ramai yang prihatin akan keperluan ‘frontliners’ dan pesakit di situ.

“In sha Allah selepas ini, sumbangan berbentuk air mineral ini akan diserahkan ke hospital Bukit Mertajam yang menempatkan pesakit Covid-19 Dan juga pusat pusat kuarantin lain yang memerlukan”.

Sumbangan berbentuk wang juga diserahkan oleh Dewan Pemuda Pas Bukit Mertajam kepada Khidmat Malaysia melalui kutipan dari exco dan pemuda Pas cawangan terutamanya dari cawangan Bukit Teh berjumlah keseluruhan RM 1,500.

Bagi yang ingin menyumbang boleh menghubungi Saudara Adnan Yusuf di talian 019-444 0321, Saudara Shafee Hamid di talian 012-416 7044 atau saudara Jalil bin Ismail di talian 017-580 2654.