Home Berita PAS Perlis

DPPNPs ‘Ziarah Kasih’ waris PASTI, SRITI

166
SHARE

Oleh AHMAD AZAMUDDIN

KANGAR, 15 Ogos: Program Ziarah Kasih Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) yang diadakan hari ini merupakan inisiatif terbaharu yang diambil bagi mendekati golongan waris pelajar SRITI dan PASTI yang terdiri daripada golongan asnaf dan memerlukan perhatian.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Negeri Perlis dan ARC Negeri Perlis.

Sebanyak 30 penerima yang tinggal dalam Parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar telah menerima bantuan berupa barangan keperluan asas yang diserahkan di kediaman masing-masing.

Antara yang turun padang menjayakan program berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim dan Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

Turut sama hadir,  Timbalan 2 ARC Perlis, Mohd Azizi Syam Samsudin dan Pengerusi PASTI Kawasan Kangar, Muhd Suhairi Ghazali.

Muhammad Azmir yang ditemui selepas tamat program berkata, Ziarah Kasih DPPNPs sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi menjaga kebajikan waris yang sebahagiannya terdiri daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan.

Tambahnya lagi, pihaknya turut mengambil peluang daripada ziarah tersebut untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan mereka.

“Alhamdulillah, hari ini, sebanyak 30 buah keluarga telah kita santuni dan sampaikan bantuan bagi meringankan beban perbelanjaan mereka.

“Insya Allah DPPNPs akan terus menggerakkan program ini agar lebih ramai waris yang terkesan ketika pandemik ini dapat dibantu,” katanya.