Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Kapar turun santuni penduduk – PAS Kawasan Kapar

143
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Info Misi Bantuan Tabung Bencana Covid

Kapar | Jutaan terima kasih diucapkan kepada Khidmat Malaysia Kapar yang terus menyantuni masyarakat setempat yang terkesan dengan bencana Covid-19.

Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Pengerusi Khidmat Malaysia Selangor bersama pimpinan NGO DAIE dan InPaK telah turun menyantuni dan memberi sumbangan kepada 30 keluarga penduduk sekitar Kampung Perepat yang banyak terkesan dengan bencana ini.

Manakala saudara Kahar Muzakir Munawir, Penyelaras Khidmat Malaysia Kapar bersama pasukannya telah menyantuni dan memberi sumbangan penduduk di sekitar Kampung Bukit Kapar, Kampung Meru dan Kampung Haji Mohd Syarif.

Menurut mereka, penduduk yang ditemui amat gembira dan ada yang menitiskan air mata, kerana ada yang masih ingat kepada mereka.

“Terima Kasih Khidmat Malaysia”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor