Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia beri penghargaan buat Tokoh Maal Hijrah – Pengurus Operasi KMN Selangor

115
SHARE

Khidmat Malaysia Beri Penghargaan Buat Tokoh Maal Hijrah 1443H Abang Roslee Ali – “Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Kerjaya sebagai pengali kubur bukanlah satu kerja yang boleh dipandang rendah, sedangkan ia satu pekerjaan yang mulia dan diangkat tinggi pahalanya di sisi Allah, tidak semua mampu lakukan Fardhu Kifayah umat Islam ini lagi-lagi ketika wabak covid-19 melanda negara.

Roslee 63 tahun, anak kelahiran Melaka dan membesar di Sungai Tua, Gombak ketika ditemui akui “Sudah lebih 11 tahun saya menjadi pengali kubur, dan tahun ini saya tidak sangka nama saya diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah” ujur beliau bila ditanya tentang anugerah yang diterima, “ini semua bukan untuk saya tetapi untuk semua barisan hadapan kalau tanpa mereka saya ini juga bukan siapa”.

May be an image of 2 people, people standing and outdoorsBegitulah sikap Abang Roslee ketika kami pihak Khidmat Malaysia Negeri Selangor bersembang mesra sebelum memulakan tugas bersama beliau menguruskan Jenazah Covid-19 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak.

Pengalaman beliau sepanjang hidup membesarkan 7 orang anak dan seorang sudah meninggal dunia bukalah mudah, ditambah kehilangan isteri tersayang yang telah mengubah kerjaya beliau daripada seorang pekerja kontraktor paip kepada pengali kubur sekarang ini mempunyai ceritanya tersendiri.

Sedikit majlis penyerahan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Abang Roslee telah diserahkan oleh Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor Ustaz Noor Najhan Salleh, dan jamuan makan Nasi Arab tajaan Syabab Care buat semua pertugas di Raudhatul Sakinah sebagai tanda perhargaan buat mereka dan meraikan pengiktirafan negara buat mereka semua.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor