Shah Alam, Selangor | 30 Julai 2020
Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Shah Alam mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha 1441 hijrah kepada seluruh ahli, penyokong dan umat Islam di seluruh negara.
Tahun ini kita menyambut perayaan agung ini dalam suasana kita masih lagi diuji dengan Covid-19, di samping tiada jamaah Malaysia yang dapat berkunjung ke Tanah Haram menunaikan ibadah haji.
Walaupun begitu, kasih sayang Allah SWT yang luas tetap memberi ruang kepada kita untuk meraih ganjaran-Nya walau di mana kita berada.
Oleh itu, marilah kita banyak bertasbih, tahmid, takbir mengagungkan Allah SWT serta lisan bersalawat kepada Rasulullah SAW sepanjang Eidul Adha, hari-hari Tasyrik dan berterusan pada bila-bila masa.
Hayatilah lafaz takbir yang mengajak kita membebaskan diri daripada amalan syirik dan berwaspada dengan pakatan ahzab moden yang berusaha memecah-belah perpaduan umat Islam.
Kepada yang melakukan qurban, kami doakan ibadah anda diterima Allah SWT. Tahniah!. Sentiasalah kita ingat dan bersama membantu sahabat ummah yang asnaf, susah, dibuang kerja, dizalimi serta daif di Malaysia dan seluruh dunia.
Marilah kita bermaaf-maafan atas salah silap. Teguhkan ukhuwah. Ziarahlah keluarga rakan taulan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.
Junjunglah dan pertahankan Islam di mana sahaja kita berada.
عيدكم مبارك ، وتقبل الله منا ومنكم صالح الاعمال وكل عام وانتم بخير.
‘Islam Memimpin Perpaduan’
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Yang Dipertua
PAS Kawasan Shah Alam
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan