Shah Alam, Selangor | 21 Ogos 2020
Pertemuan Muafakat National di antara Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam yang diketuai oleh Puan Hajah Wan Sawiah Wan Nik serta Puan Jumaeah Hj Masdi selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Shah Alam yang telah berlangsung di SATC.
Agenda yang dibincangkan adalah tentang gerak kerja bersama dalam persediaan menuju ke PRU 15. Antara aktiviti yang dipersetujui adalah program ziarah dan program sempena Kemerdekaan bersama masyarakat Shah Alam.
Majlis berakhir dengan sedikit rakaman video ucapan bersama-sama bersempena dengan semangat bulan Kemerdekaan ke 63 yang bakal tiba tidak lama lagi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor