Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat – Usul Tergempar PAS Kawasan Hulu Langat Sedia Tawan Semula P101 Dan N23

313
SHARE

Kajang, Selangor | 14 Ogos 2020

Satu usul tergempar pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Hulu Langat kali ke-36 yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat (DPPKHL) telah diterima oleh semua perwakilan agar pimpinan dan akar umbi PAS Kawasan Hulu Langat memastikan kerusi P.101 Hulu Langat dan N.23 Dusun Tua ditandingi oleh PAS dalam PRU-15 akan datang.

Usul tersebut ditelah dibentangkan oleh Naib Ketua Pemuda DPPHL, Muhammad Hassan Aszeme yang membangkitkan bahawa pimpinan PAS Hulu Langat secara umumnya dan khusus di Dusun Tua sentiasa menjadi sebutan dibibir masyarakat dalam kerja kebajikan dan PAS Hulu Langat di Dusun Tua sentiasa ke depan dalam menangani isu-isu setempat berbanding Ahli Parlimen dan ADUN yang ada sekarang.

Mengambil kira bahawa kedua-dua kerusi ini juga menepati kriteria yang ditetapkan oleh PAS Pusat, bahawa PAS akan pertahankan kerusi yang pernah dimenangi mereka dan kerusi dimana sahaja Parti Amanah Nasional bertanding dalam PRU-14 yang lepas maka usul ini telah diangkat dan disambut sebagai usul bersama seluruh jentera Pilihanraya PAS Kawasan Hulu Langat demi memastikan kepentingan ummah didahulukan sebagaimana slogan ‘Islam Memimpin Perpaduan’.

Sehubungan itu, DPPKHL juga telah mencadangkan agar “Jentera Fasa Pertama” dan kutipan dana dapat dilancarkan sebagai signal awal persiapan seluruh jentera Pilihanraya disemua peringkat agar bersungguh-sungguh menghidupkan bilik Operasi Pilihanraya dengan aktiviti, kerohanian, kemasyarakatan dan kibaran syiar PAS sehingga penghujung tahun 2020 ini.

Seterusnya bersungguh dalam menguasai media sosial dengan memastikan semua program dan aktiviti PAS mendapat liputan dan capaian pada setiap masyarakat tempatan. Pencapaian ini nanti diharapkan dapat direkodkan agar data dan penilaian tinggi yang telah dipamerkan dalam setiap gerak kerja jentera di semua peringkat PAS Kawasan Hulu Langat akan sampai dan dapat dinilai oleh pucuk pimpinan parti.

Walaupun usul tersebut telah dibahas dan dipersetujui, namun semua perwakilan tetap akur bahawa semua keputusan akhir pengagihan kerusi adalah hak mutlak pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama, tanpa menafikan semangat setia kawan bersama Muafakat Nasional dan pengukuhan Kerajaan Perikatan Nasional. PAS sangat komited untuk bersama UMNO dalam Muafakat Nasional dan dalam masa yang sama mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional demi untuk kepentingan Negara dan rakyat Malaysia.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan