Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Kawasan Shah Alam – Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam Kempen Kibar Jalur Gemilang

678
SHARE

Shah Alam, Selangor | 14 Ogos 2020

Bagi menzahirkan kemegahan dan kebanggaan terhadap Negara, kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat negara ini tanpa mengira perbezaan agama, budaya mahupun bangsa. Tindakan itu seharusnya lebih meriah dengan ketibaan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan datang ini.

Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan dan Kemerdekaan Negara. Jalur Gemilang itu perlu dihormati dan tidak boleh sama sekali disalahgunakan.

Membawa tema “Malaysia Prihatin” semperna Hari Kebangsaan yang ke 63. Malaysia yang bermaksud menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi COVID-19 manakala Prihatin yang bermaksud inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi,kebakikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Justeru itu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam menyeru warga Shah Alam dan seluruh rakyat Negeri Selangor bersama-sama kita mengibarkan Jalur Gemilang untuk menunjukkan rasa patriotik dan cintakan Negara. Ingatlah Negara ini milik kita bersama dan hargailah nilai kebebasan, keamanan serta kedaulatan yang dinikmati sekarang. Kibarkan Jalur Gemilang dan bersatulah atas nama Malaysia.

“Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#DMPSA
#MalaysiaPrihatin
#KibarJalurGemilang