Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak – Lawatan Jawatankuasa Harian PAS Kawasan Ke DUN Sungai Tua

225
SHARE

Gombak, Selangor | 14 Ogos 2020

Lawatan Jawatankuasa Harian PAS Kawasan Gombak telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Bangunan Markaz PAS DUN Sungai Tua.

Ia adalah siri pertama dalam siri lawatan Jawatankuasa Harian PAS Kawasan Gombak yang terkini ke DUN-DUN di dalam Parlimen Gombak. Pimpinan PAS Kawasan diwakili oleh JK Harian diketuai oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Gombak Ustaz Saleh Huddin Nasir manakala di peringkat Sungai Tua dihadiri oleh AJK Jentera Pilihanraya semua peringkat DUN Sg Tua termasuk Pemuda, Muslimat & Ulamak.

Lawatan ini membolehkan pihak AJK Jentera Pilihanraya DUN berjumpa & berdialog bersama PAS Kawasan. Selain itu, taklimat persediaan jentera Pilihanraya DUN juga disampaikan selain maklumat arahan terkini dari pimpinan.

Jelas, lawatan ini juga memberi gambaran bahawa tidak kira apa bentuk pertandingan di dalam pilihanraya ke-15 akan datang, AJK Jentera Pilihanraya DUN Sg Tua telah bersedia untuk menghadapinya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan