Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi – Muslimat PAS Kawasan Bangi Mengadakan Seminar Bengkel Pilihanraya

234
SHARE

Bangi, Selangor | 17 Ogos 2020

Gendang telah dipalu persiapan jentera perlu diperkukuhkan. Bengkel mempertingkatkan kebolehan dan keupayaan jentera PAS Kawasan Bangi telah berjaya diadakan bertempat di Dewan D’Mawaddah Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Timbalan Pengarah 3 Jentera Pilihanraya Parlimen Bangi.

Pengisian ucapan Timbalan Pengarah 3 Jentera Pilihanraya Parlimen Bangi diantaranya petugas mestilah menjadikan Pilihanraya sebagai medan jihad untuk kita beramal dan berdakwah mengajak masyarakat kembali ke jalan Allah SWT.
Patuh dan taat atas arahan pimpinan. Jadikanlah pengajaran dari kisah tentera Talut menentang raja zalim Jalut sepertimana yang diceritakan di dalam Al Quran sebagai motivasi mendisiplinkan diri mematuhi arahan pemimpin.

Haruslah bekerja secara berjemaah di dalam organisasi. Saling bantu-membantu dan lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Fahami struktur organisasi di semua peringkat bagi memantapkan gerakkerja bersepadu.

Beliau juga memperingatkan setiap jentera agar mengikhlaskan diri di dalam segala tindak-tanduk yang dilakukan demi semata-mata mencari keredhaan Allah. Mantapkan ilmu bagi merealisasikan tugasan dan tanggungjawab yang diberi.

Perkemaskan pengurusan masa di dalam kehidupan seharian. Memiliki kemahiran membahagi-bahagikan masa di antara gerakkerja Pilihanraya dan tugasan hakiki para jentera.

Pertingkatkan amal-amal ibadah dengan amalan-amalan sunat, mantapkan kebergantungan diri kepada Allah dan yakinlah dengan janji-janji Allah ke atas mereka yang ikhlas dan sanggup berkorban demi menegakkan Agama Islam.

Tahniah diucapkan kepada semua jentera yang hadir dan urusetia yang bertugas bagi memastikan kelancaran Bengkel Pilihanraya Muslimat PAS Kawasan Bangi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PAS4Bangi
#MuslimatBangi