Bangi, Selangor | 18 September 2020
PAS kawasan Bangi telah menganjurkan Walk 4 Dakwah sempena Hari Malaysia yang disambut pada hari ini. Program ini diadakan secara serentak di tiga DUN berbeza dalam Parlimen Bangi iaitu di Taman Tasik Cempaka bagi DUN Sungai Ramal, Stadium Kajang bagi DUN Kajang dan Taman Lake Valley bagi DUN Balakong.
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini bertujuan untuk memupuk penghayatan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat berkenaan Hari Malaysia. Pelbagai aktivti telah diadakan antaranya social experiment dimana para pengunjung yang datang beriadhah telah dipilih secara rawak dan diajukan beberapa soalan umum berkenaan hari bersejarah ini.
Edaran bendera Malaysia, risalah penerangan Hari Malaysia dari PAS Kawasan dan air Gau juga telah diberikan secara percuma kepada pengunjung. Tidak dilupakan pembukaan kaunter daftar pemilih turut dibuat bagi memudahkan masyarakat mendaftar sebagai pengundi dalam Pilihanraya Ke-15 akan datang.
Menurut Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bangi, Ustazah Halimah Zaharah Yaacob semua rakyat Malaysia perlu bersyukur di atas nikmat kemerdekaan dan keamanan yang dikurniakan Allah Taala dimana dengannya kita dapat hidup aman sejahtera.
“Diharapkan kita menghargai betapa Allah Taala telah memberikan kepada kita sesuatu yang amat berharga sebenarnya dan diharapkan keamanan serta keharmonian yang kita dapat pupuk dikalangan penduduk Malaysia yang tercinta ini akan terus dikekalkan,” ujarnya ketika memberi ucapan pembukaan di sini.
Turut hadir di Stadium Kajang ialah Pengarah JPrD Kajang, Ahmat Sulaiman, Ketua UKJ Kajang, Tengku Hasif Tengku Nikman dan wakil dari Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Jabatan Amal dan Briget Muslimat Bangi
PAS telah menerima respon yang baik dari para pengunjung dimana kebanyakan mereka memberi sokongan terhadap program yang diadakan ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor