Himpunan 812 hari ini bukan himpunan antara 2 parti politik PAS dan UMNO yang mencari populariti atau ingin menjadi parti populis.
Kerana kebiadaban dan kegelojohan manusia berjawatan yang lupa diri dan asal usul, itulah penyebab pemimpin kami membawa kami di jalanan ini sebagai tanda amaran untuk kamu, bahawa negara ini ada jatidiri bangsanya, agamanya dan berdaulat.
Kami sama sekali tidak menjadikan anak-anak kecil sebagai penghalang untuk kami berhimpun dengan ribuan rakyat yang lain kerana suatu hari nanti kami ada jawapan untuk mereka bahawa kitalah pencorak sejarah negara yang bersuara membantah dan menolak ICERD dalam HIMPUNAN KEAMANAN KESATUAN UMMAH 812.
Jangan dicabar lagi hak anak jati negara ini dan rakyat peribumi dengan kesamarataan dan kebebasan menggila kamu. Kelak…..kami sahut saranan berhimpun di Putrajaya.
Jagalah keharmonian dan kedaulatan negara ini bersama. Bukan ICERD yang negara ini perlukan kerana Islam telah lengkapkan untuk didaulatkan.
#bantahicerd
#himpunankeamanan
#kesatuanummah
#himpunan812
______________________________________
HIMPUNAN KEAMANAN KESATUAN UMMAH
BANTAH & TOLAK ICERD.
Tarikh. : 8.12.2018
Hari. : Sabtu
Masa. : 2.00 – 6.00 ptg
Tempat. : Dataran Merdeka Kuala Lumpur