Home Rencana PAS Selangor

Ketuk-ketuk sayang JAMNS: Jawatan hadir dengan tanggungjawab – Pengarah JAMN Selangor

19
SHARE

May be an image of 3 people and text

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Ingat sahabat-sahabat jawatan bukan boleh diminta-minta, bukan boleh disusun ikut kehendak kita. Jika nak pangkat dunia boleh dibeli, tapi jawatan dalam parti datang dengan ‘responsibility’.

Melobi jawatan kerana membawa agenda tertentu sehingga menentang ketetapan yang sudah dibuat Presiden parti adalah satu perbuatan yang tidak terpuji dan ia bukan cara kita.

Ujian kemenangan sangat luar biasa, ada yang mengejar dunia walaupun dinasihati pimpinan, mula tidak patuh pada arahan, ini bukan masanya nak bawa agenda sendiri sehingga mengatur langkah membina seteru.

Ketika ini keutamaan kita perteguhkan ukhwah demi Islam, kita adalah agen menyatukan Ummah, bukan berat menyebelah..

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor