Home Berita PAS Negeri Sembilan

Ketua Pemuda Negeri Sembilan menyeru anak muda keluar mengundi

19
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

JEMPOL, 11 Ogos – Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mahfuz Roslan menyeru anak muda keluar mengundi pada 12 Ogos ini.

“Keluar awak pagi esok dan bawa kad pengenalan pergi ke pusat-pusat pengundian yang telah ditetapkan.

“Jangan ragu-ragu untuk memangkah parti pilihan rakyat Malaysia iaitu Perikatan Nasional”, ujar beliau.

Tambah Mahfuz lagi, anak muda perlu memastikan pilihan raya negeri kali ini dipimpin oleh pemimpin yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Allah amat suka anak muda yang terlibat dengan kepimpinan semasa dan terlibat didalamnya.

“Jelas kepimpinan hari ini telah jauh dari landasan agama yang sebenar dan negara kita telah dimasuki dengan pelbagai fahaman yang merosakkan.

“Kita kena jadi anak muda yang menjadi penegak dan benteng untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air. Ingat jika Islam menjadi tonggak utama, maka sesebuah negara akan lebih maju dan berjaya di mata dunia”, katanya.