Home Berita PAS Selangor

Kesibukan bukan penghalang Muslimat Bangi sampaikan sumbangan – DMPK Bangi

10
SHARE

May be an image of 1 person, standing, headscarf and text

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

BANGI, 16 Oktober – Dewan Muslimat PAS Kawasan Bangi tetap meneruskan agenda kebajikan mereka membantu rakyat yang memerlukan walaupun sibuk dengan perkara lain.

Baru-baru ini Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) telah diadakan dan pelbagai persiapan perlu dibuat, namun ia tidak menghalang Dewan Muslimat PAS Kawasan Bangi untuk terus berbakti kepada rakyat seperti biasa.

Sumbangan telah disampaikan khusus kepada golongan OKU, warga emas dan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di sekitar kawasan Bangi.

Sumbangan berbentuk pek makanan yang berisi barangan makanan asas serta sumbangan wang ringgit telah hadir dihadapan pintu rumah para penerima.

“Teruskan memberi, teruskan berbakti”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor