Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang
Oleh : Umar Al-Hayawi
TANJONG KARANG, 27 Julai – PAS Kawasan Tanjong Karang terus menerus tanpa henti melaksanakan aktiviti mengesan dan menghulurkan bantuan kepada penduduk yang berada dalam kesukaran ketika pandemik Covid-19. Tidaklah banyak bantuan yang dapat diberi akan tetapi sedikit sebanyak dapat meringankan beban para menerima.
Menurut laporan, aktiviti tersebut diteruskan dengan menyerahkan sedikit sumbangan yang disampaikan melalui wakil cawangan kepada beberapa buah rumah di Kampung Permatang. Bantuan yang disampaikan adalah berbentuk barangan asas dapur dan juga beras.
Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang. Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan Pusat Khidmat PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-
Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG
Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang ditalian : 0124867303
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor